dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Asas ICT – Applikasi Pembelajaran Online

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2024 (Ahad) - NADI Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan sesi pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli NADI yang terdiri daripada 4 orang peserta perempuan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 min bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 9 Fasa 10

Pada sesi kali ini pelajar membuat latihan online menggunakan beberapa applikasi di komputer seperti TypingTest.com dimana peserta membuat latihan menaip bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan keyboard. Seterusnya pelajar berpeluang membuat latihan pencarian perkataan – Word Search Puzzle dan ini membantu meningkatkan kepantasan minda dan mata untuk mencari perkataan tersembunyi

Latihan seterusnya melukis online – Quick, Draw dan pelajar perlu melukis gambar berdasarkan perkataan yang diberikan untuk menguji pengetahuan penggunaan Bahasa Inggeris. Peserta didedahkan kepada cara menggunakan google translate dan google images untuk mendapatkan maklumat dalam membantu peserta menyelesaikan latihan tersebut

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.